Airyn Farawaniz

Airyn Farawaniz

Saturday 23 January 2016

haishh

Apalah masalah dengan kau ni..
Ada saja yang kau tak puas ati dengan aku..
Ada saja yang tak betul..
Aku takde buat salah apa pun tapi kenapa kau saja create masalh dengan aku? 
Kau kenapa??

Asal tengok muka aku je,  kau terus nak marah..kau kenapa??
Benci sangat kau kat aku.. wei! Aku lagi berjuta kali benci tengok muka kau lah! 
Sebelum kau nak bising hal aku.. kau pandang cermin dulu.. kau tanya soalan yang kau tanya kat aku tu kat diri kau sendiri.. 
Sebelum kau nak marah aku tengking aku gertak aku ugut aku.. kau cakap depan cermin dulu.. 
Serabut lah aku nak hadap mulut puaka kau tu..
Setiap apa yang keluar kat mulut kau tu 
Semuanya yang menyakitkan hati aku! 

Allah SWT jela yang tahu macamana sakitnya hati aku menahan dengan perangai kau wahai manusia..

Friday 22 January 2016

senyum tu sedekah

Tak pernah dalam 1 hari dapat tengok muka kau pagi2 dengan muka manis senyum senangkan hati ni..
Ni tak.. ada je yang tak betul. Ada je hal yang kau nak cari.. 
Aku tak paham kenapa kau jadi camtu..

So jangan tanya kenapa aku takkan senyum lagi depan kau..
Dan jangan salahkan sesiapa selain diri kau diri sendiri..
Kau punca kenapa orang keliling kau tak terhingin nak senyum tuk kau depan kau..

Sabar memang aku sabar 
Dengan setiap kata kata yang keluar dari mulut kau
Takde langsung yang menyenangkan hati
Kalau pun bukan hal aku tapi hal orang lain, kau tetap nak mengutuk mencaci orang..

Apa lah masalah kau ni..
Berubah lah..
Sebelum kau nak orang lain berubah..kau ubah diri kau dulu..


Wednesday 20 January 2016

sakit hati

Hati perasaan dan fikiran aku sangat terganggu sangat mengecewakan aku..
Bila memikirkan perbuatan seseorang..jiwa aku terseksa sangat hanya sebab dia seorang je dalam dunia ni..
Dan aku rasa dia lah manusia paling kejam yang langsung tak faham  yang lansung taknak faham kehendak dan kemahuan aku sebagai seorang manusia yang ada prasaan.. 
Dia hanya mementingkan diri sendiri..
Aku terseksa sangat..
Aku hanya mampu menangis bersendirian..menahan segala kesakitan..

Sampai bila aku kena hadapi semua ni?
Masih boleh ke lagi aku nak menahan segala kesakitan yang setiap hari pasti ada?
Aku berdendam!
Dan aku takkan pernah lupa segala perbuatan dia janji manis dia yang membuatkan aku jadi manusia yang bodoh yang tak tahu nak menuntut hak sendiri hak kehidupan sendiri semata mata nak memenuhi kehendak dia..
Aku berdendam sampai putus nyawa aku! 

Dan sekarang ni dia mahu mengaturkan lagi perjalanan hidup aku..
Dia masih tak nak lepaskan aku lagi..
Pe guna aku hidup gini? 
Kenapa lah aku lahir di kalangan orang seperti kau..
Aku tak kuat..aku tak mampu nak ikut semua kehendak kau..
Aku mahukan kehidupan aku sendiri
Aku mahu hidup macam orang lain
Kenapa payah sangat kau nak bagi aku kebahagian yang aku pilih sendiri?
Aku manusia yang ada perasaan...aku nak kau tahu tu..

Saturday 31 October 2015

Tak ada apa pun kau buat

Aku tak boleh terima bila setiap kali dia mengungkit perbuatan orang lain 
dan tak pernah langsung menghargai pengorbanan orang lain..
Macam selalu dikatakan

 'AHH! TAK ADA APA PUN KAU BUAT, KAU TAKDE KORBAN APA PON!'
 (Tetapi pengorbanan yang dimaksudkan adalah DUIT) 

Dia nak orang hargai pengorbanan dia tapi dia sendiri tak hargai pengorbanan orang lain..! Camne tu eak?
humm
Kenapa dia cakap camtu eh? Kenapa dia tak nampak yang selama ni pe yang aku da buat? Aku da ikutkan kehendak dia,aku da bagi sebanyak duit yang dia nak,aku korbankan hidup aku perasaan aku.. semata mata nak ikutkan kehendak dia..tapi sampai masa dia boleh cakap macam tu je? Then salahkan aku balik..apakah? 

Aku ni da macam patung je ikot je pe kata dia..
Aku ni da macam benda yang boleh digunakan tuk dapatkn hasil duit.. 
Pujuk aku then tunjuk itu ini then bila aku taknak paksa aku..ugut aku macam2..!
 What the f**k?


Sampai bila la agaknya eak? Aku kena dok diam dan bertahan je?
Bila la aku akan dapat rasa kehidupan aku sendiri tanpa aturan orang lain?
Aku cemburu tengok kehidupan orang lain yang senang je dan happy bahagia 


Aku masih lagi meraba raba mencapai capai sesuatu
Tapi aku tak tahu apa yang aku nak raba dan apa yang aku nak capai

So ikutkan saja mana hidung ni bakal ditarik

Tuesday 8 September 2015

bila ia

Masa itu sudah hampir.. dan ia akan berlaku
Soalan akan dipersoalkan sekali lagi dan aku yang perlu menghadapi dan menjawab
Dan jawapan aku tetap takkan berubah sebab hati aku memang tak pernah ada! Dan takkan pernah ada!
Aku tak tahu apa akan jadi nanti
Macamana aku nak dapatkan hak aku tuk hidup aku sendiri
Aku nak kehidupan yang akan membuatkan aku dapat rasa macamana orang lain rasa kebahagiaan 

Sampai masa nanti akan aku luahkan segalanya lepaskan segalanya yang aku dendam yang aku pendam
Aku bukan patung yang boleh orang kawal
Tak kira la siapa orang itu 

Jika suatu hari nanti insyallah dia dapat tunaikan segala permintaan kau tu
Aku nak tengok adakah kau akan tunaikan apa yang dia minta selepas dia korban segalanya semata mata untuk tunaikan permintaan kau
Dan pada masa tu kalau aku tak dapat apa yang aku nak
Kau takkan jangka apa yang akan aku lakukan
Itu nekad aku!
Sebab aku dah terlalu penat letih jadi lembu hanya ikut apa saja yang kau suruh apa yang kau nak tanpa berfikir apa aku rasa 
dan apa hati aku berkata
Aku bukan patung.. aku pendendam

Aku nak hak aku sebagai seorang manusia yang ada hati dan perasaan 
Aku pelik kenapa korang tak pernah langsung nak rasa apa yang aku rasa
Cuba korang letakkan diri korang jadi diri aku dalam situasi aku
Dan aku rasa confirm la korang dah dok hospital mental da!



Saturday 10 January 2015

kesilapan

Ternyata memang tak seorang yang bole memahami aku..
Takde sape yang mampu redakan hati aku tenangkan aku saat aku memerlukan seseorang.. 
Orang yang slalu ada untuk aku katanya pun.. ternyata tidak mampu memahami keperluan aku..
Katanya ya.. tapi sebenarnya tidak..

Orang yang aku harapkan..
Tapi tidak.. 
Kata kata dia juga cukup mengguriskan hati aku..
Tak perlu aku berharap..
Memang aku akan hanya mampu hidup sendiri tanpa sesiapa.. 
Takkan ada sesiapa.. cukup sekali.. 
Walau ditarik balik tapi aku tetap ingat kerna telah diluahkan.. 
Tak mampu aku menahan kerna terlalu hancur luluh hati ni..
Kesilapan

Thursday 8 January 2015

uihh

Sabarnya aku dengan perangai kau yang makin hari makin menjadi jadi..
Haishh
Kalau ikutkan hati aku yang bersetan ni da lama kau tak nampak dunia ni lagi..
Setiap ayat kau tu semua memyakitkan hati!
Kenapa kau mesti nak sakitkan hati aku? 

Tak taw lah sampai bila aku dapat bertahan..
Aku hanya mampu berdoa agar masa tu dipercepatkan agar aku dapat lepaskan semua yang aku pendam!
Tak tertahan rasanya..
Tak mampu aku menahan kemarahan aku sendiri..
Beristifar aku setiap kali kau keluarkan perkataan dari mulut kau tu.. 

Doa aku agar kau sedarkan diri kau dan cukup cukuplah menyakitkan hati aku

Followers